Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Followers

Tuesday, January 14, 2014

PRODUK-PRODUK KELUARAN MYFINGER'S CREATIVE

RED VELVET CHEESSS


YUM CSTART CAKE

 CHEESSEE CAKE
 MELTING CHEESEE CAKE
 MELTING CHEESSEE CAKE STRAWBERRY, BLUEBERRY, PANDAN, YUM, CHOCO


BISMILLAHIRAHMANNIRAHIM
ASSALAMUALAIKUM N SELAMAT SEJAHTERA..:)

YUM...YUM...HOME MADE..BLE BUAT TEMPAHAN NGAN SAYA 0145590277
BLE WE CHAT WHATSAPP FB..
SILA BERI 
NAMA:
ALAMAT:
JENIS KEK:
PERISA:
BILANGAN:

TERIMA KASIH..
LOKASI AREA SABAH - BEAUFORT, PAPAR , KK, TUARAN

Sunday, January 20, 2013

MyFinger's Creative

Assalamualaikum..n salam sejahtera..
Kepada peminat2 tart cheese..tart coklat...ble roger2 MYFINGER'S CREATIVE...
tempahan give2 pun di terima....

Wednesday, October 19, 2011

HinAva..



Bahan-bahan :

  • Ikan tenggiri - buang Tulang, potong dan hiris nipis-nipis
  • 6 ulas bawang merah - dihiris nipis
  • 4-5 biji limau nipis (boleh guna cuka jika tidak ada limau nipis)
  • sedikit halia - dihiris nipis
  • Sedikit Peria (jika suka)
  • garam dan serbuk perasa (msg, ajinomoto) secukup rasa

cara-cara:

  • Gabungkan bawang merah, halia dan peria yang dihiris nipis dengan ikan tenggiri yang juga dihiris nipis
  • perahkan air limau nipis, letak garam dan serbuk perasa, kemudian gaul bersama sehingga sebati

JerUk BamBangan..


Bahan-Bahan :


  • 5 biji buah bambangan -buang kulit dan hiris isi buah bambangan

  • 4 biji bambangan (biji sahaja)- diparut

  • Garam secukup rasa

Cara Menyediakan :

  • Isi Buah Bambangan dihiris
  • campur dengan biji buah bambangan yang telah diparut dan sedikit garam.
  • isi dalam botol dan tutup ketat. boleh tahan lama. dalam beberapa hari sudah boleh dimakan...

simple...tp sedap....xpercaya???cuba la..

TuHau--YuMMy2


Tuhau merupakan makanan tradisi suku kaum Dusun/kadazan disabah..mudah di perolehi di hutan-hutan sabah.Pokok tuhau mempunyai daun yang berwarna hijau dan sederhana lebar. Cara-cara untuk membuat jeruk Tuhau adalah:

BAHAN-BAHAN:

  • tuhau (ikut sukatan/bilangan/kuantiti yang disukai)
  • udang kering(satu bungkus yg harga rm1)- actualy optional, kalau tidak ada udang kering pun boleh
  • limau kapas secukupnya (limau nipis)
  • garam dan ajino moto secukup rasa
  • cili api (mengikut selera anda, jika suka pedas, banyakkan cili padi)
  • bunga kantan yang segar (sebagai hiasan)- Optional..kalau tidak ada pun tidak apa

Caranya:

  • Tuhau di hiris halus atau ditumbuk (boleh blender)
  • Udang kering d tumbuk bersama dgn tuhau
  • masukkan garam, aji no moto(MSG) dan cili api.
  • Gaul sebati, letak dalam mangkuk besar
  • perahkan air limau (boleh juga diganti dengan cuka makan)
  • hirislah bunga kantan halus2 dan gaulkan sekali dlm mangkuk tu.
  • Peramkan sampai 20 minit sebelum d hidangkan.

KuiH pENjArAM


bahan-bahan:
  • Tepung gandum 1kg
  • Tepung beras 2 bungkus (dalam packet yang dijual tu)
  • Gula 1kg (lebih sikit)

ATAU:

  • Tepung gandum 1kg
  • Tepung beras 1 packet
  • Tepung pulut 1 packet
  • Gula 1kg

P/s: pilih kombinasi bahan yang disukai

Untuk Perasa, ikut kesukaan masing-masing contohnya; air pandan untuk warna hijau dan kuih rasa pandan, tak payah tambah apa-apa jika suka perasa asli..dan gunalah gula merah jika ingin warna kuih gelap sedikit..(ada juga orang guna sedikit kicap untuk warna gelap..jangan banyak nanti masin...hehhe)

  • campur semua bahan di atas ni dengan air dan gaul hingga pekat dan sebati (adunan licin)
  • kalau dibiar semalam adunan tu lagi bagus dan digoreng esok hari..sebab hasil kuih lebih cantik dan kembang...
  • Pastikan kuali yang berisi minyak untuk menggoreng, benar-benar panas sebelum menggoreng

Thursday, September 22, 2011

Kek coklat tanpa butter???SedaP


Bahan-bahan ( saiz 20 cm )

  • 2 biji telur
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan gula perang

Bahan A

  • 1 sudu kecil vanila
  • 1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
  • 1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe

Bahan B

  • 2 sudu kecil sodium bicarbonate
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 2 cawan tepung gandum
Topping

  • 1/2 cawan koko van hauten
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 sudu besar minyak masak

Kaedah

Membuat kek.
  1. Pukul telur hingga kembang
  2. Masukkan gula dan pukul lagi
  3. Kemudian masukkan minyak masak
  4. Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.
  5. Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak.

Membuat topping

Masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecil dan panaskan sehingga pekat dan sebati.


selamat mencuba....